Monday 27 February 2017

Kenali Penyakit Resdung - Rawatan Gurah Resdung Alor Setar

Info Penyakit Resdung - Rawatan Resdung Alor Setar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kenali Penyakit Resdung (Sinusitis): Jika anda sering bersin terutama di waktu pagi atu dikala cuaca agak sejuk ini bermakna anda mungkin salah seorang pengidap sakit resdung.

Begitu juga apabila alah dengan habuk dan asap apabila dengan mudah akan bersin. Kadang kala bau sesuatu makanan juga akan mengundang rasa ingin bersin.

Apabila asyik bersin, anda akan terganggu. Segala kerja akan terhenti malah jika sedang solat, ianya mengganggu untuk kusyuk bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain.

Itu kalau bersin sahaja, tetapi bagaimana pula jika bersin sekali dengan lendir keluar dari hidung... Alangkah malu dan menjijikkan apabila dilihat oleh orang lain. Inilah dilema pesakit resdung...

Mungkin itu kesan yang mudah terlihat dan dirasai namun ketahuilah bahawa penyakit resdung ini akan menjadi bahaya bila sampai tahap kronik ianya boleh membawa maut! Bukan hendak menakutkan anda semua tetapi ini adalah kenyataan yang perlu diketahui.

Kenali Penyakit Resdung (Sinusitis)

Apa kata, sekarang ini kita tingkatkan dulu pengetahuan dengan mengenali apakah sebenarnya penyakit resdung ini.

Apakah Sebenarnya Penyakit Resdung (Sinusitis)?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Kategori Resdung

Berikut adalah dua jenis kategori Resdung (Sinusitis)

1. Sinusitis Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.

Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
2. Sinusitis Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busukAda kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Gejala Resdung

Berikut adalah gejala-gejala resdung (sinusitis)
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
Penyakit Resdung (Sinusitis)

Mereka Yang Berisiko

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi untuk terkena Resdung:
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

Bahaya Resdung

OK... Setelah anda ketahui dan kenali akan penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang memungkinkan anda adalah salah seorang pengidap penyakit resdung.

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka yang mengidap Resdung adalah
  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang kian teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat
Penyakit Resdung (Sinusitis)

Komplikasi Resdung

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Berikut adalah komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit resdung:

1. Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung

Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:
  1. Rehat yang cukup.
  2. Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
  3. Makan ubat penahan sakit (panadol)
  4. Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
  5. Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.
Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
  1. Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
  2. Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
  3. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Mencegah Resdung

Paling penting cara untuk menghalang dari terkena resdung ini adlah menjauhi akan punca-punca penyakit ini. Berusahalah menghindar dari perkara-perkara berikut:
  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik.
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
  • Berhenti merokok.
  • Hindari alkohol.
  • Ambil ubat selesema sebelum berenang/menyelam.
Sekiranya anda sudah terkena penyakit Resdung ini, cubalah usaha untuk merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik.

Tidak salah mencuba kerana tidak semua rawatan itu akan berjaya dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus asa. (Kredit Info- http://www.dammahumnib.com)
Kami menawarkan pakej rawatan resdung secara Ghurrah (mengeluarkan cecair resdung) Harga Promosi Febuari 2017 hanya RM 30 sahaja
WhatsApp 0175750810 untuk booking masa anda.
*Perawat wanita untuk pelanggan wanita